Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, 2 September 2013

Puding Swiss Roll



Bahan-bahan

1 cawan  Tepung Kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
8 cawan santan
1 roll kek gulung (8 potong)
1 biji telur
3 helai daun pandan

Cara-caranya:-

Tepung kastard,tepung jagung,gula di satukan dalam satu bekas.Telur di campurkan ke dalam santan dan di satukan ke dalam tepung.Kesemua bahan nie di satukan dalam periuk kasau sampai pekat.
Kek gulung di susun dalam bekas.Bila sudah masak puding di curahkan ke atas kek .simpan dalam peti ais.
 

Tuesday, 27 August 2013

Semprit Dahlia

 
 BAHAN-BAHAN
1 magkuk majerin
1/2 tin susu pekat
1/2 pekat tepung jagung

UNTUK HIASAN
CERI 

CARA CARA
Tepung , Majerin dan susu pekat di uli sampai sebati sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yg lembut. tambah tepung jagung jika masih lembik. 

sapu dulang dgn mentega. masukkan doh dlm acuan bunga dahlia @ bergerigi(bdk2 kata belakang buaya..hihi). pancitkn doh atas dulang, hias ikut kreativiti masing2..  

Bakarlah biskut dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu, suhu 170c, selama +- 15 minit @ lebih @ hingga masak, mengikut kebiasaan oven masing

p/s; petua supaya bunga x jatuh lepas dibakar- rehatkan biskut yg dh diterap sebentar (at least 1/2jam) sebelum dibakar. insyaAllah x jatuh.


Thursday, 25 July 2013

Agar2 Lumut




Bahan-bahan
30 gm agar agar
3 cawan air
2 cawan santan pekat
5 helai daun pandan
1 cawan gula
1 buku gula batu
2 biji telor
secubit garam

Cara-caranya....
  • Masak agar2 dengan 3cawan air.
  • Bila agar2 telah larut semuanya
  • baru masukkan gula dan gula batu.
  • Daun pandan,telor ,garam dan santan di mesin sekali
  • Bila agar-agar sudah memdidih barulah dimasukkan santan
  • kacau salama 10 minit angkat letaklah didalam acuan
  • bila sejuk bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 23 July 2013

Kerabu Pucuk Paku & Taugel

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ikat pucuk paku                - dipotong dan direbus
  • RM 1 taugel                        - direbus
  • 30gm udang kering
  • ½ biji kerisik
  • segegam beras goreng         - dikisar
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar           - dihiris
  • 1 biji cili merah                   - dihiris
  • 2 sudu makan pati santan
  • Air Limau secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan pucuk paku ,taugel dan celurkan sehingga masak. Ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah dan udang kering bersama kerisik.
3. Setelah itu masukkan pucuk paku yang telah dicelur tadi.
4. Perahkan air limau secukupnya serta masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian tuangkan pati santan sambil gaul rata.
6. Akhir sekali, taburkan bawang besar hiris ,beras goreng dan lada hitam yang telah dikisar tadi.

Saturday, 20 July 2013

Bubur Kacang Hijau Bonda


Bahan-bahan
250 gram kacang hijau
1 keping gula melaka
1/2 gula pasir
1/2 sudu garam
1 biji telur
1 biji kelapa
2 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Goreng kacang hijau di dalam kuali tanpa menggunakan minyak sehingga kacang berwarna agak kecoklatan.
  2. Rebus kacang hijau yang telah digoreng tadi .
  3. Buang air rebusan yang berbuih di permukaan kacang
  4. Setelah kacang kembang, masukkan santan yang telah di perah dengan telur dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan gula. Biarkan bubur mendidh sekali lagi.
  6. Tips! pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk!                  

Sambal Kuini

Bahan-bahan
1biji cili besar
11 biji cili api
1 biji buah quini
3 inci  belacan
garam
1 sudu gula

Cara-cara:-
  • Bunagkan kulit kuinin dan cincang kasar.
  • Masukkan cili besar dan cili api dan belacan di dalam lesung batu
  • Tumbuk sehingga lumat sampai hancur .
  • Masukkan kuinin dan tumbuk sehingga hancur
  • Gaulkan dengan garam
  • Sedia dihidang




Friday, 19 July 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak Bonda



Bahan :
  1ekor ikan patin 
  7 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
1 senduk  tempoyak
sedikit daun kesum 
garam secukup rasa


Cara :
Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Bonda rendam ikan patin dengan asam jawa.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi , kunyit dan tempoyak.  
Satukan didalam periuk,perap selama 10 minit lepas tu tenggek periuk di atas dapur tambahkan  air secukupnya.
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  Masukkan daun kesum dan garam.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.

Bahan-bahan utama


~ Selamat Mencuba ~

Thursday, 27 June 2013

Resepi Kek Sarang Semut

A 
1 cawan gula 
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega

B
 6 biji telur
1  sudu teh soda bikabonat 
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat

Caranya
Masak gula hingga hangus, berair  dan keperangan.  Kemudian masukkan air 
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega.  Kacau biar mencair.  Sejukkan.
Putar telur hingga kembang kemudian masukkan susu pekat dan putar lagi seketika.
Ayak tepung gandum bersama soda bikabonat..
Masukkan ke dalam adunan telur dan putar hingga sebati.
Masukkan bahan A  ke dalam bahan B dan biar sebati
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Panas oven suhu 160 - 170C selama setengah jam(sebaiknya guna api bawah sahaja).