Thursday, 25 July 2013

Kueh Tekuh



1 packet tepung beras
1cawan gula
1 keping gula kabung
1 biji kelapa
2 sudu kerisik

Cara-caranya.

Tepong beras di-gorang hingga kuning sedikit
biar ia sejuk
kelapa perah dapatkan  3 cawan santan
masak santan dengan gula dan gula kabung
bila medidih bancuh tepung dengan santan sedikit2
bila adunan sudah elok bubuh dalam acuan putu buatlah sampai habis
tabor tepong beras goreng.

Agar2 Lumut




Bahan-bahan
30 gm agar agar
3 cawan air
2 cawan santan pekat
5 helai daun pandan
1 cawan gula
1 buku gula batu
2 biji telor
secubit garam

Cara-caranya....
  • Masak agar2 dengan 3cawan air.
  • Bila agar2 telah larut semuanya
  • baru masukkan gula dan gula batu.
  • Daun pandan,telor ,garam dan santan di mesin sekali
  • Bila agar-agar sudah memdidih barulah dimasukkan santan
  • kacau salama 10 minit angkat letaklah didalam acuan
  • bila sejuk bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 23 July 2013

Kerabu Pucuk Paku & Taugel

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ikat pucuk paku                - dipotong dan direbus
  • RM 1 taugel                        - direbus
  • 30gm udang kering
  • ½ biji kerisik
  • segegam beras goreng         - dikisar
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar           - dihiris
  • 1 biji cili merah                   - dihiris
  • 2 sudu makan pati santan
  • Air Limau secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan pucuk paku ,taugel dan celurkan sehingga masak. Ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah dan udang kering bersama kerisik.
3. Setelah itu masukkan pucuk paku yang telah dicelur tadi.
4. Perahkan air limau secukupnya serta masukkan garam secukup rasa.
5. Kemudian tuangkan pati santan sambil gaul rata.
6. Akhir sekali, taburkan bawang besar hiris ,beras goreng dan lada hitam yang telah dikisar tadi.

Monday, 22 July 2013

Kueh Pena




Bahan-bahan:-
 2cawan tepong pulut(untuk bintang)
1cawan  tepung beras 
1cawan tepung gandum
1 cawan Gula
6cawan santan
2biji telor
3 helai daun pandan (dimesin dgn kelapa)
sedikat garam

Cara-caranya :-
Kelapa, daun pandan dan telur di mesin dan perah untuk mendapatkan 6 cawan santan.Campurkan tepung ,gula dan garam.Masukkan santan kacau untuk melarutkan gula.
Tepung pulut di bancuh dengan sedikit air untuk menjadi doh,bentukkan bintang.Daun pisang di sapu minyak dan kukus bintang terlebih dahulu selama 3 minit setelah itu  tuangkan  adunan hijau dan kukus selama 5 minit nilah hasil nya.

 

~ SELAMAT MENCUBA ~

Saturday, 20 July 2013

Bubur Kacang Hijau Bonda


Bahan-bahan
250 gram kacang hijau
1 keping gula melaka
1/2 gula pasir
1/2 sudu garam
1 biji telur
1 biji kelapa
2 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Goreng kacang hijau di dalam kuali tanpa menggunakan minyak sehingga kacang berwarna agak kecoklatan.
  2. Rebus kacang hijau yang telah digoreng tadi .
  3. Buang air rebusan yang berbuih di permukaan kacang
  4. Setelah kacang kembang, masukkan santan yang telah di perah dengan telur dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan gula. Biarkan bubur mendidh sekali lagi.
  6. Tips! pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk!                  

Sambal Kuini

Bahan-bahan
1biji cili besar
11 biji cili api
1 biji buah quini
3 inci  belacan
garam
1 sudu gula

Cara-cara:-
  • Bunagkan kulit kuinin dan cincang kasar.
  • Masukkan cili besar dan cili api dan belacan di dalam lesung batu
  • Tumbuk sehingga lumat sampai hancur .
  • Masukkan kuinin dan tumbuk sehingga hancur
  • Gaulkan dengan garam
  • Sedia dihidang




Friday, 19 July 2013

Salam Jumaat


Renungan...

:: ALLAH hadiahkan kepada wanita dengan naluri yang terlalu halus dan kuat.. Jika lelaki yang dia cinta lakukan sesuatu yang tidak baik, dia dapat rasakan.. Walaupun lelaki itu sembunyikan di dalam hatinya apa yang dia lakukan.. Kadang-kadang, wanita itu tahu tapi dia buat-buat tak tahu.. Disebabkan kasih dan sayang, dia rela telan dan pendam semuanya daripada bergaduh jika dia bersuara.. Hanya dalam do'a kepada ALLAH tempat dia luahkan segala yang terbuku di dada dan setiap air matanya yang gugur ketika berdo'a, akan ALLAH gantikan dengan ganjaran yang tidak terhingga nilainya..

Kepada semua suami dan bakal suami, please take note! 

Ikan Patin Masak Tempoyak Bonda



Bahan :
  1ekor ikan patin 
  7 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
1 senduk  tempoyak
sedikit daun kesum 
garam secukup rasa


Cara :
Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Bonda rendam ikan patin dengan asam jawa.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi , kunyit dan tempoyak.  
Satukan didalam periuk,perap selama 10 minit lepas tu tenggek periuk di atas dapur tambahkan  air secukupnya.
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  Masukkan daun kesum dan garam.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.

Bahan-bahan utama


~ Selamat Mencuba ~